Artikel

BAGAIMANA UNTUK MENYEDIAKAN KPI STAF?
1. KPI (Petunjuk Prestasi Utama) staf adalah satu set metrik yang digunakan untuk mengukur prestasi staf secara individu atau berkumpulan dalam organisasi. KPI ini digunakan untuk mengukur sejauh mana keberkesanan staf dalam menyumbang kepada prestasi keseluruhan syarikat.
 
 
2. Metrik ini boleh merangkumi tahap produktiviti individu, kualiti kerja, kehadiran, kerja berpasukan, penilaian kepuasan pelanggan dan faktor lain yang menyumbang kepada kejayaan syarikat. KPI staf ialah alat yang penting untuk pengurusan mengukur prestasi pekerja serta merancang pembangunan kerjaya staf.
 
 
3. KPI yang jelas boleh membantu meningkatkan produktiviti staf dan prestasi perniagaan keseluruhan.
 
 
4. Justeru itu, setiap pemimpin dalam organisasi perlu faham mengenai KPI serta mampu menyediakan KPI yang boleh dicapai oleh staf. Dalam masa yang sama aspek penyeliaan dan pemantauan juga sangat penting bagi memastikan KPI yang dibuat dapat dicapai oleh setiap staf.
 
 
5. Banyak isu yang berkaitan dimana perlaksanaan KPI tidak dapat dibuat dengan baik di organisasi termasuk untuk industri F&B. Antaranya adalah :-
– KPI yang dibuat tidak jelas dan tidak selari dengan halatuju syarikat
– Penyelia atau team leader tidak faham mengenai KPI staf
– KPI hanya dibuat oleh seorang sahaja tanpa melibatkan pekerja
– Pemantauan prestasi yang tidak sistematik
– Indicator yang digunakan tidak jelas dan sukar untuk diukur
 
 
6. Justeru itu, penyelia perlu tahu bagaimana untuk membuat KPI serta memantau prestasi staf berdasarkan kepada KPI yang dibuat.