Tentang Kami

Penerangan tentang page ini. Isi atau kami akan buang.

Tentang Kami
DSH Capital Solutions 

Kami merupakan syarikat 100% bumiputra yang menjalankan aktiviti perniagaan berkaitan dengan latihan, perundingan dan coaching; pengurusan seminar; perunding pemasaran dan pengiklana untuk mass media dan sosial media

image-006.2

Visi

Dikenali sebagai syarikat bumiputra dalam bidang perundingan dan pengurusan seminar yang bertaraf antarabangsa dengan amalan perdagangan kelas pertama
image-007.2

Misi

Memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk pelanggan dengan menggerakkan idea yang kreatif kepada tindakan yang inovatif

Encik Yusainy Yusop

Konsultan Utama
  • MBA (UUM),
  • HSc. Organisational Communication (IIUM)
  • Certificate on Corporate Secretarial Practice Yayasan Pelajaran MARA
  • Certificate Train The Trainer Pembangunan Sumber Manusia Berhad

En Yusainy melalui pengalaman kerja sebagai pentadbir di dua buah IPT iaitu Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan Institusi milik Kerajaan Negeri Terengganu, TATI University College (TATiUC). Disamping itu, beliau juga pernah berkhidmat dengan Bank Pembangunan Malaysia Berhad (Sekarang ini dikenali sebagai SME Bank) sebagai Pegawai Latihan Kanan.

Dalam bidang latihan, En Yusainy telah terlibat sebagai jurulatih dan fasilitator sejak tahun 1995 semasa mula berkhidmat dengan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Beliau pernah terlibat sebagai fasilitator bagi program Bina Negara di bawah Biro Tata Negara serta Jurulatih bagi Modul Pembinaan Karakter, Program Latihan Khidmat  Negara. Sehingga sekarang ini beliau sering dijemput untuk mengendalikan latihan-latihan soft skills yang dikendalikan oleh Jabatan Kerajaan ataupun Syarikat Swasta.

Beliau juga mempunyai pengalaman luas dalam projek perundingan dan latihan untuk usahawan terutama yang berkaitan dengan Pengurusan Perniagaan F&B, Komunikasi, Perhubungan Pelanggan dan Pemasaran. Beliau pernah terlibat dengan program 1 Azam, Program Peningkatan Pendapatan Golongan Miskin Negeri Terengganu, Program Latihan Kemahiran Belia dibawah Pakej Rangsangan Ekonomi, Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri serta Program Usahawan Belia Tani.

Beliau adalah merupakan BisKaunselor untuk Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) dan dilantik oleh Pusat Pembangunan Usahawan dan Penyelidikan (CEDAR) SME Bank sebagai Business Advisory & Coaching Network Affiliate. Beliau juga pernah menganggotai Jawatankuasa Penasihat Industri Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan (NATC) serta menjadi Pegawai Pembimbing untuk Projek Usahawan Belia Tani (Projek Food Truck)  juga dibawah NATC. Selain daripada itu, beliau merupakan salah seorang coach bagi program Skim Usahawan Permulaan Bumiputra (SUPERB) di bawah teraju.

Encik Yusainy juga seorang penulis buku. Penulisan beliau banyak berkisar daripada pengalaman yang dihimpun semasa bekerja di sektor perbankan dan pengajian tinggi serta program-program yang telah dilalui dengan ramai usahawan khususnya di peringkat mikro.  Ia adalah rangkuman dari pengalaman dan pengamatan beliau sebagai usahawan serta pembimbing usahawan khususnya dalam memantapkan modal sosial usahawan. Setakat ini beliau telah menulis buku yang bertajuk ‘Menu Kejayaan Bisnes Restoran ‘Sudin Pomade: Misi 3 Hari’ dalam Antalogi Anakdot Pakatan Bawah Tanah dan yang terkini ‘Anakdot Man Tapai : Usahawan Kental Jalan Terus’.

Puan Zuraina Ahmad

Konsultan Utama
  • Sarjana Pentadbiran Perniagaan , UiTM, 2013
  • Bachelor’s Degree in Human Sciences in Psychology (B. HSc. Psychology), International Islamic University Malaysia (IIUM) 1996
  • Certificate Train The Trainer Pembangunan Sumber Manusia Berhad, Sejak 2007

Puan Zuraina Ahmad ialah jurulatih bertauliah PSMB. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari UiTM dan Ijazah Sarjana Muda Sains Kemanusiaan (Psikologi) dari UIAM.

Puan Zuraina memulakan kerjaya sebagai Tutor di Cosmotot IQ Development. Selain pengalaman kerja di Cosmotots IQ Development, Philips & JVC (Malaysia), Terengganu Advanced Technical Institute (TATI), dan UiTM.

Beliau juga berpengalaman sebagai jurulatih untuk kursus-kursus kemahiran insaniah untuk pelbagai organisasi kerajaan dan swasta sejak 1996.

Beliau mengasaskan rangkaian kafe dan restoran berjenama Tastebuds® pada 2007. Di samping itu, Puan Zuraina juga dilantik sebagai konsultan untuk Projek Basmi Kemiskinan Unit Perancang Ekonomi Negeri Terengganu dan Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani serta merupakan jurulatih Institut Keusahawanan Negara (INSKEN). Beliau juga adalah Timbalan Pengerusi Dewiniaga, Dewan Perniagaan dan Perindustrian Melayu Terengganu dan ahli jawatankuasa Biro Ekonomi Daerah Kemaman.

Puan Zuraina juga merupakan penulis buku Menu Kejayaan Bisnes Restoran.


Barisan Jurulatih Bertauliah
Masih Ada Persoalan?

Hubungi kami untuk ketahui lebih lanjut tentang perkhidmatan yang disediakan & pelbagai tawaran untuk Anda!

image-011