Artikel
Opening Briefing yang Berkesan
1. Taklimat semasa pembukaan kedai sangat penting untuk operasi restoran. Ia adalah merupakan langkah permulaan harian untuk memastikan perjalanan operasi kedai berjalan dengan baik.
2. Sebagai Leader atau Penyelia restoran, anda boleh jadikan opening briefing ini sebagai satu platform untuk ‘boost’ motivasi pasukan dan dalam masa yang sama untuk membuat semakan terhadap persiapan operasi. Dalam masa yang sama kita boleh update maklumat-maklumat terkini untuk disampaikan kepada pasukan.
3. Namun, kita perlu bijak mengendalikan briefing ini. Silap langkah, kita boleh menjejaskan motivasi ahli pasukan dan mematikan semangat mereka. Kita kena tahu teknik yang tuntas bagi memastikan opening briefing ini sangat berkesan dan boleh membantu melancarkan operasi harian kedai.
