Artikel
Ramai juga rakan-rakan kita juga akan beralih ke ‘padang permainan’ baru iaitu di bazar ramadhan pada bulan puasa ini.
Mungkin game plan untuk bazar sedikit berbeza dengan di kedai.
Ini adalah kerana sikap dan tingkah laku pelanggan berbeza dengan apabila mereka di kedai. Di bazar, mereka tidak seperti di kedai. Duduk dalam keadaan tenang dan relax untuk memilih makanan. Semasa di bazar mereka membuat keputusan yang cepat berdasar apa yang mereka lihat.
Sehubungan dengan itu, saya share sikit tips untuk anda tonjolkan menu anda di bazar
1. Kedepankan menu lebih dari nama kedai
Di bazar, rata-rata pengunjung mencari makanan bukan kedai atau gerai. Jadi, tanda nama di gerai anda perlu lebih menonjolkan nama makanan istimewa anda. Contoh KEBAB 15 RASA. Biar pelanggan nampak itu dulu.
2. Tunjukkan ciri-ciri dan nilai pada nama makanan anda.
Nama makanan sangat penting bagi membolehkan pengunjung dapat menangkap keunikan makanan anda tersebut.
Contoh : Ikan Bakar Sambal Cili Giling
3. Ada Sell Copy.
Buat sedikit penerangan ringkas pada menu utama dengan menggunakan perkataan-perkataan evocative (yang membangkitkan perasaan). Contoh perkataan: selambak, juicy, lembut)
4. Penggunaan Warna
Oleh kerana ramai yang berniaga dan pelanggan juga ramai, gerai anda perlu mudah dilihat. Jadi elemen warna juga penting. Guna warna yang mudah dilihat dari jauh seperti warna kuning dan merah.
5. Star dan Puzzle menu
Macam biasa, dua kategori menu ini perlu kedepankan. Gambar besar, penerangan yang baik dan persembahan makanan menarik.
6. Bundarkan Harga
Kita kena bantu pelanggan buat keputusan yang cepat. Secara psikologinya, apabila pelanggan melihat harga, dalam fikirannya juga turut membaca apa yang dituliskan itu. Jadi, harga yang genap dapat membantu pelanggan membuat keputusan yang cepat. Maka dengan itu, RM 10 lebih mudah dan cepat baca dari RM 10.90.
7. Hadkan pilihan dan buat cadangan
“Bila banyak pilihan akan menyebabkan tiada langsung pilihan”. Dalam keadaan pelanggan yang rambang mata dengan pelbagai pilihan makanan, ini peluang kita untuk bantu mereka memilih. Jangan beri terlalu banyak pilihan. Bagi cadangan juga untuk mereka.
8. Social Proof
Boleh juga letakkan gambar-gambar yang ada juga elemen human.
9. Bayaran tanpa tunai
Bantu pelanggan untuk beli dengan mudah dan cepat dengan bayaran tanpa tunai. Sediakan QR Code dan pastikan mereka mudah nampak QR code tersebut.
10. Eye Level ke atas
Untuk memastikan mendapat perhatian yang cepat dari pengunjung, posisikan perkara yang penting untuk dilihat oleh pengunjung pada kedudukan eye level atau sedikit atas.
#dshcapitalsolutions
#kejuruteraanmenu
